Segmen | Singgah Sahur Pucuk Ubi Dan Kayu

Posted by on Aug 3, 2011 in Pena Hati | 4 comments

Nama blog saudara ini sungguh lucu dan menggelikan hati. Terhibur aku seketika oleh perasaan rindu dan sayang kepada kampung halaman. Kenapa dengan nama blog dan kampung halaman? Kerana pucuk ubi kayu itu, antara santapan malas sediaan ibu, yang paling aku suka. Oh, enaknya mengunyah pucuk ubi kayu rebus yang basah dengan budu cap ikan bilis. Lagi sedap, bila limau nipis diperah masuk ke dalam budu dan digaul pula isi ikan bakar. Wah, enak benar.

Mengingatkan ini sudah cukup membangkitkan selera. Walaupun tidak susah penyediaannya, masakan ibu, walaupun telur rebus adalah yang paling nikmat di atas muka bumi ini. Rindunya makan pucuk ubi kayu rebus sediaan ibu. Hanya memori indah makan pucuk ubi kayu bersama ibu yang bisa menemaniku waktu ini. Dipisahkan beribu batu jauhnya dari ibu tercinta terasa sakitnya juga walau sudah biasa, lagi-lagi mengingatkan sesuatu yang nostalgik seperti ini ^^

Apa pun, semoga ibu dan keluarga semua sihat di Malaysia. Semoga kita semua menempuhi satu ramadhan yang indah tahun ini, dan semoga ramadhan ini bakal mensucikan dosa-dosa seumur hidup yang telah kita lakukan. Dan simpan lauk pucuk ubi kayu rebus, sehingga kepulanganku nanti.

4 Comments

  1. nak bagi senang orang ingat kot..unik

  2. Thanks for the visit uer Bro Ahmad ^^

    Betul tu, lucu dan geli hati yang saya rasa tuh, bukan niat menyenda tapi refleksi mengingat pucuk ubi kayu ibu ^^

  3. siggah sahur kt sini hihi nme blog yg unik org akan ingat hihi

  4. ^^

Trackbacks/Pingbacks

  1. Pucuk Ubi Kayu | arepchepha.com - [...] ^^ Nak tahu cerita lebih lanjut tentang aku, pucuk ubi kayu dan kampung halaman? Klik sini [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>